Wednesday, February 4, 2009

Khasiat

Khasiat BADAM:
  • Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung

  • Menghalang obesiti (Kegemukan)

  • Meredakan diabetes

  • Membantu menghalang batu karang

  • Menghalang Osteoporosis

  • Baik untuk wanita hamil kerana kandungan folate yang tinggi dapat mengelakkan kecacatan kepada bayi

  • Mengurangkan risiko pelbagai penyakit


Khasiat KURMA:
  • Boleh menghaluskan kulit, memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

  • Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Kaya dengan zat besi; sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

  • Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
    Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera

  • Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

  • Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan yang boleh membantu proses berkenaan.

Khasiat COKLAT:

  • Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol

  • Mengandungi bahan anti-kerosakan gigi

  • Mengurangkan risiko sakit jantung

  • Merupakan makanan penuh tenaga

Coklat Kurma Badam

Hai..

Ini merupakan first entry untuk blog kami. Memperkenalkan produk kami iaitu coklat kurma badam yang amat berkhasiat untuk kesihatan terutama dalam perkembangan minda kanak-kanak dan kesihatan tubuh badan untuk semua golongan masyarakat.