Wednesday, February 4, 2009

Khasiat

Khasiat BADAM:
  • Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung

  • Menghalang obesiti (Kegemukan)

  • Meredakan diabetes

  • Membantu menghalang batu karang

  • Menghalang Osteoporosis

  • Baik untuk wanita hamil kerana kandungan folate yang tinggi dapat mengelakkan kecacatan kepada bayi

  • Mengurangkan risiko pelbagai penyakit


Khasiat KURMA:
  • Boleh menghaluskan kulit, memperbaiki kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

  • Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Kaya dengan zat besi; sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

  • Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
    Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera

  • Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

  • Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan yang boleh membantu proses berkenaan.

Khasiat COKLAT:

  • Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol

  • Mengandungi bahan anti-kerosakan gigi

  • Mengurangkan risiko sakit jantung

  • Merupakan makanan penuh tenaga

No comments:

Post a Comment